On My Couch

Life: as the way it is.

Tuesday, January 19, 2010

Mimio is all grown up!

Posted by zuliana_me |

Aku ingat lagi masa kecik dulu aku selalu buli budak kecik sorang ni. Dia dulu sangat kecil & comel. Masa dia darjah 5 pun orang ingatkan dia darjah 1. Walaupun dia budak paling kecil dalam kelas tapi setiap tahun pun akan jadi ketua kelas. Ntah...Mungkin sebab muka die yang sangat suci murni masa tu walaupun sebenarnya nakal jugak.



Masa kecik, bila abang dan aku bermain, dia mesti nak join & janji kalau kalah dia tak akan menangis. Tapi dia mesti nangis. Aku dan abang gelak aja...;)

Masa kecik, bila demam dia akan selalu mengigau Kacang Besar/ Selimut Besar kejar dia. Mata dah terbukak besar pun dia still mengigau, jadi abang izam & aku selalu la main2 kan dia. Sekarang dah tak lagi... Dia dah besar.

Masa baby, muka dia bulat macam guli. Kitorang suka letak dia dalam bakul merah satu ni sebab dia nampak comel begitu macam buah-buahan (tembikai).


Walaupun aku sangat garang dengan dia masa kecik dulu, dia pernah juga tulis karangan tentang aku masa darjah 2 “Kakak Saya”:

“Kakak saya sangat pandai. Saya mahu jadi macam kakak saya”, Aku sangat terharu.

Sekarang budak yang aku panggil Mioi (Amirul) dulu sudah besar. Dia jadi lebih baik daripada karangan yang pernah dia tulis masa kecik dulu. Lebih dari aku (hopefully).

Kini Mioi adalah teman aku sneak out tengah malam... (I hate it, I’m 24 this year man... cut me some slack! Hehe..)

Teman aku pergi Uptown untuk perasan UP. Teman panjat pagar kondo tengah malam masa takde orang untuk buat diri aku rasa seperti gangster. Teman aku pakai baju comot & buat lawak bodoh yang mungkin orang lain tak faham. Teman aku & shezlin main gelongsor kat kolam budak kecik malam-malam dan berangan macam kat Sunway Lagoon.

Dia teman aku bila aku takde teman. Aku harap dia dapat pergi Jerman walaupun aku rasa berat... Now I sound like a pathetic with no friends. Lol..;p

Aku harap dia akan berjaya dan menjadi insan berguna. We miss you.

Mioi bersama kawan-kawan Saser dulu.



0 comments:

Post a Comment

Subscribe